Isnin, 24 April 2017

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi semangat ingin tahu dan 'passionate' tu membuat saya mampu melakukannya. Even melancong seorang diri ke bandar besar Asia seperti Beijing (China), dan Seoul (South Korea), saya telah buktikan tiada yang mustahil. Tiada tourist guide/travel agent tiada masalah! Yalah kan, kita ni pergi ke sesuatu tempat tu didorong kuat oleh semangat 'curiosity', jauh sekali nak menyaingi sesiapa! (Adakah orang yang rasa tersaing bila melihat kita pergi ke sesuatu destinasi itu?) Jawapannya, ada..memang akan ada orang rasa tersaing dan tergugat dalam apa jua yang kita lakukan. Tapi, lumrahnya manusia, tak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Yang penting dalam hati niat tu hanyalah untuk mengembara menyaksikan ritual kehidupan manusia di berbagai negara tujuannya untuk membuat kita membuka mata. membuat fikiran lebih terbuka. Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'. Aapapun, tak hidup dek puji tak mati dek keji. Jadilah ikut resam padi, semakin berisi semakin tunduk ke Bumi. Dah! Cukup pot pet pot pet! hahaaa

 *Berikut ialah tips-tips berguna untuk anda yang ingin melancong ke luar negara: 

1) Dokumen Perjalanan; Pastikan segala dokumen perjalanan anda lengkap. Sebagai contoh Passport haruslah aktif sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda memulakan perjalalanan ke sesuatu negara. Selain passport, dokumen penting lainnya juga harus disediakan. Visa! Haa Yang ini penting juga, tidak semua negara free-Visa, jika anda nak ke Beijing, China anda harus membuat permohonan Visa sekurang-kurangnya 1 bulan dari tarikh perjalanan. 
Pastikan tarikh luput passport anda masih jauh dari tarikh perlepasan ke luar negara.

2) Research; Buat research tentang tempat yang ingin dilawati. Ini sangat penting untuk memastikan tiada risiko untuk anda sesat di tempat orang. Tapi kalau sesat xpa jugak. Pengalaman! Sangat penting untuk buat research, even kedudukan Tandas, kedai 7E, Kedai makan, kedudukan exit subway, bayaran masuk muzeum/sesuatu tempat, tambang train, data roaming, sim card/wifi rental. Semualah info yg berguna. you have to do your own research! 


Buat research dulu, jangan pergi membabi buta. Harus jadi seorang backpackers yang berilmu!





3) Tukaran Wang; Sebaiknya, tukarlah wang anda di dalam negara. Jangan buat tukaran wang di luar negara dikhuatiri lebih mahal serta merugikan anda. Yang ini kena rajin-rajinlah tengok berita ekonomi, tengok rate duit Ringgit Malaysia berbanding rate matawang negara yg anda ingin pergi itu. 


Currency Exchange rate sangat penting juga. Perlu tahu sebagai contoh KRW1000 equal to berapa RM. Jadi, tidaklah anda over budget nanti beli barang kat tempat tu. At least anda dapat bezakan tahap 'kemahalan' dan 'kemurahan' sesuatu barang atau perkhidmatan di negara yg anda lawat. 

4) Buat booking Hotel awal dari tarikh ketibaan anda; Sebaiknya, buat tempahan hotel awal untuk menyenangkan anda di kemudian hari. Saya prefer booking hotel melalui laman web Booking.com. Senang dan jimat! Semakin awal kita tempah, semakin murah harga hotel kita nanti. 

Booking hotel dulu sebelum pergi ke destinasi percutian anda.

5) Travel Insurance; Penting! Mana tahu apa-apa yg tak baik terjadi. Btw, minta dijauhkan... 
Contoh Travel Insurans, yg ni AirAsia Tune punya. 

6) Peta Subway/Train; Yang ini khususnya di negara maju banyak menggunakan Metro dan Train sebagai pengangkutan utama. Anda perlu tahu line apa yg perlu dinaiki untuk ke sesuatu destinasi. Macam Seoul subway punya metro line, mula2 agak mengelirukan. Tapi lama2 anda akan faham sikit2. Jangan risau, sebagai backpackers anda boleh gunakan aplikasi Subway dan even Google Map dapat beritahu anda line Subwa dan nombor Bas yang harus anda gunakan untk pergi ke destinasi yang diingini. 

Peta Subway Metropolitan Seoul. 


7) Pastikan anda isi Borang Imigresen sebelum ketibaan di destinasi; Biasanya, pramugara/pramugari akan mengedarkan borang imigresen/arrival card semasa di dalam flight. Tapi, kalau anda tertidur semasa pramugari mengedarkan borang dan terlepas untuk mengisi borang imigresen/arrival card. Jangan risau, anda boleh menigisinya semasa ketibaan di airport destinasi tujuan. Tapi ia akan melambatkan anda melepasi imigresen. Yalah, perlu isi2 segala borang yg ada dulu barulah boleh lepas imigresen. Kalau tiada apa utk declare, just go through Green Lane. 
Contoh Arrival Card.


Contoh borang deklarasi kastam. 


8) Kad Transport; Yang ini terpulang pada anda, nak pakai atau tidak. Negara seperti Singapura dan Korea Selatan menggunakan kad dengan nilai tertentu untuk pembayaran tambang pengangkutan awam. Kalau di Singapura ada Singapore Tourist Pass (STP). Sekali bayar dan ikut pakej yang anda pilih, anda boleh menaiki subway/bas di seluruh destinasi menarik di Singapura dengan hanya scan kad tersebut semasa menaiki pengangkutan awam di sana. Korea Selatan pula ada T Money Pass, selain untuk pembayaran tambang pengangkutan awam. Ianya juga boleh digunakan untuk membeli barang di Convenience store seperti 7Eleven. T Money Pass boleh anda refund di stesen Subway dan kedai convenience terpilih. 
Singapore Tourist Pass (STP).


T Money Pass South Korea.


9) Zon Waktu; Yang ini agak tricky sikit bagi yg first time ke luar negara. Sebagai contoh, flight KL ke Medan hanya 1 jam, sampai di Medan pakai Waktu Indonesia Barat, kena tolak 1 jam lebih lewat. Situasinya, flight KL berlepas ke Medan pukul 8 malam, sampai di Medan pukul  8 malam juga (WIB). Kalau K.L pergi Beijing 6 jam tapi sampai sana masih tetap pakai GMT +8 (Waktu Malaysia dan waktu China sama2 GMT+8). K.L ke Seoul sama juga 6 jam tapi sampai di Korea kena tambah 1 jam lebih awal. (Korea dan Jepun dalam zon waktu GMT+9). 
Zon Waktu Asia.

10) Akses Internet; Tersangat penting! Akses internet untuk anda update tentang trip, lepas tu buka google map dan google translate semuanya perlukan akses internet. Ini anda boleh pilih sama ada nak guna Roaming Data Celcom/Maxis. Ataupun beli simcard negara destinasi, boleh juga rent Wifi. Kalau saya pergi Indonesia saya pilih Telkomsel, lebih murah berbanding Roaming Data. Di Korea ada SK Telekom SimCard khas untuk foreigner dan di Singapore juga ada plan data SingTel untuk tourist! Pilihan di tangan anda. Yang pasti line internet di Jepun dan South Korea sangat laju.. 
Singtel Singapore.


SK Telekom Korea.


11) Khas untuk kawan2 yang Muslim; pastikan anda tahu waktu Solat di negara yang dilawati. Ada aplikasi untuk anda mengetahu waktu solat dan arah kiblat bagi memudahkan urusan anda di destinasi yang dituju. 
Cari aplikasi untuk memudahkan urusan Solat anda di destinasi yg dituju.


12) Bawa botol untuk isi air; Tandas-tandas di Asia Timur seperti di China, Korea Selatan dan Jepun biasanya berbentuk 'tandas kering'. Di dalam tandas mereka tiada air disediakan. Hanya ada tissue jak. Kita kan dah biasa pakai air berbanding tisu sahaja. Sudah tentu menggunakan air lebih bersih berbanding menggunakan tisu semata-mata. So, jgn lupa sediakan botol untuk isi air. 
Sediakan botol untuk isi air.

Sekian tips panjang lebar dari saya, boleh dijadikan rujukan buat diri saya sendiri juga dan anda yang ingin melancong ke luar negara. Kalau ada apa2 penambahbaikan dan cadangan jangan lupa tuliskan di ruangan komen ya. Terima Kasih. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...