Ahad, 23 April 2017

Yang Merah Itu Saga, Yang Elok Itu Budi. Sekapur Sirih.

Mencari inspirasi sebagai pembuka kata. Salam perkenalan, nama saya Gabrien anak Jeni. Saya berasal dari Sarawak. Berbangsa Iban.  Berumur 24 tahun (2017). Saya lahir di Miri, tinggal sekejap di Miri dan kampung mak saya di Sibuti, Bekenu. Walaupun lahir di Miri, namun saya bersekolah dan membesar di Sri Aman. Sekolah menengah pula di SMK Engkilili. Seterusnya, saya mengikuti PLKN di Kem Juara Serian sebelum memasuki KSKB Kuching dan akhirnya kini di alam perkerjaan.  Sedari kecil, saya telah menjejakkan kaki hampir ke seluruh Sarawak kerana masa itu ayah saya sering bertukar tempat kerja. Masih teringat lagi di akhir 90-an kami sekeluarga pernah tinggal di Tubau, area Bakun, kadang-kadang ada masanya kami pergi ke pekan Belaga, pernah jugta tinggal di Roban (masa cuti sekolah), di Oya juga masa cuti sekolah, hujung minggu kami sekeluarga akan pergi ke Dalat dan Mukah. Pernah satu kali saya teman ayah saya memancing jauh hingga ke Igan.
Setelah menjelajah pelbagai pelosok negara Asia, terdetik di hati saya untuk membuat sebuah blog yang akan mencatitkan segala perjalanan saya sebelum ini. Sehingga ke saat ini, saya telah menjelajah ke 7 destinasi antarabangsa. Tempat yang pernah saya jejaki antaranya ialah Brunei Darussalam (Kuala Belait & Brunei Darussalam), Singapura, PekanBaru (Riau-Indonesia), Medan (Sumatera Utara, Indonesia), Beijing (China), Sapporo (Hokkaido, Jepun) & yang terbaru ke Seoul (Korea Selatan). Untuk destinasi Malaysia, saya sudah menjejakkan kaki di Kuala Lumpur ibukota Malaysia dan Kota Kinabalu, serta Kundasang, Sabah. Hampir kesemua tempat itu saya melakukan penjelajahan secara 'backpackers', iaitu saya seorang sahaja tanpa menggunakan travel agent dan juga tnpa ditemani sesiapa. Ya, saya seorang sahaja! Mulanya, saya takut untuk melakukannya. Tapi semangat ingin tahu & 'passionate' itu membuat saya bersemangat dan tanpa pedulikan apa kata orang. Saya melakukan apa yang boleh buat saya gembira. Memang dalam setiap apa yang kita lakukan akan ada orang yang tidak suka. Namun, I really don't care. Bukan kita pakai duit & masa orang untuk melakukan apa yang kita suka kan? Dan saya lakukan semua ini kerana minat saya, masa sekolah dulu saya sangat meminati Subjek Geografi dan Sejarah. Kedua-dua subjek tersebut tak pernah jatuh dari gred A, chewahh! Selain itu, saya juga sangat meminati bahasa Malaysia (Melayu), sama juga grednya tidak pernah jatuh dari gred A untuk ketiga-tiga peperiksaan utama Malaysia. Dalam masa yang sama, saya tetap mengutamakan English dan juga bahasa Ibunda saya iaitu Bahasa Iban.
Bunga Sakura di Nami Island, Korea Selatan.
Koleksi Matawang 6 negara, akan datang lebih banyak koleksi. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...