Ahad, 23 April 2017

Trip to Kuala Belait, Brunei Darussalam Januari 2016. My first ever international trip in my life!

Untuk entry pertama ini. Saya akan menulis tentang trip sehari ke Kuala Belait, Brunei Darussalam. Kuala Belait merupakan bandar kedua terbesar di Brunei Darussalam. Perjalanan dari Bandaraya Miri ke Kuala Belait melalui lebuhraya Pan-Borneo yang dihubungkan oleh Jambatan ASEAN Malaysia-Brunei hanya mengambil masa 1 jam lebih (bergantung kepada tahap kesesakkan trafik). Menjelajah ke negara jiran tersebut tidak pernah saya fikirkan sama sekali. Pada waktu itu, saya mengalami tekanan (stress) disebabkan pelbagai masalah yang melanda. Dan salah seorang kawan saya mencadangkan saya untuk membuat Passport. Ya! Buat Passport untuk membolehkan perjalanan ke luar negara. Mulanya, saya ragu-ragu tapi akhirnya rasa excited sangat. Yalah kan, 'travel' juga boleh menjadi 'self therapy' yang bermanfaat dalam menghadapi hidup yang penuh bermasalah ini. Jadi, pada waktu itu juga kawan saya membawa saya pergi Jabatan Imigresen Miri untuk membuat Passport. Tak alalng-alang kata orang Sarawak, saya memilih membuat passport Merah dengan bayaran RM200! Mulanya, nak buat passport warna Biru untuk perjalanan terhad ke Brunei sahaja. Tapi saya terfikir, kan bagus buat passport Merah untuk perjalanan antarabngsa di masa hadapan. Setekah urusan buat passport selesai, kami terus bergegas ke pintu sempadan Miri-Brunei (Sungai Tujuh).  Sesampainya di Kuala Belait, kami berdua terus meronda-ronda bandar Kuala Belait. Terasa atmosferanya berbeza sekali dengan Sarawak. Keadaanya lebih tenang namun meriah. Di kanan kiri jalan dan kedai menggunakan tulisan Rumi berserta tulisan Jawi. Nuansa satu-satunya negara Monarki mutlak di Asia Tenggara ini sungguh memikat perasaan ingin tahu. Bandar Kuala Belait tidaklah sebesar ibukota Brunei iatu Bandar Seri Begawan. Namun, Kuala Belait memiliki keunikkannya yang tersendiri. Perjalanan yang tidak dirancang ini membuat kami berdua tidak bersedia dari segi masa dan kewangan. Jadi hanya sempat meronda sekitar 1-2 jam sahaja di Kuala Belait. So, kami berdua terus pergi ke kedai cenderahati untuk membeli 'keychain' sebagai kenangan. Hari pun sudah gelap, dan  akhirnya kami berdua memutuskan untuk kembali ke tanah air. (Seberang sahaja, hhaaa) 
Bendera Negara Brunei Darussalam.

Selamat datang ke Kuala Belait!

Tukaran wang pada waktu itu ialah B$1=RM3.05, hanya mampu membeli keychain. Sekarang tukaran terbaru ialah B$1=RM3.15 Sampai di hentian tol Jambatan Rasau, kita perlu bayar B$3 atau kira-kira RM10. 
Papan tanda jalan dalam tulisan Jawi dan Rumi.
Pemandangan di pusat bandar Kuala Belait, Brunei Darussalam.
Sudah gelap, jadi kami berdua pun bergegas pulang ke Miri, Sarawak.
Bangunan pejabat kerajaan kot.
Bank di Brunei, namanya Baiduri Bank.
KFC pun ditulis dalam tulisan Jawi!
                 
Inilah Tol Jambatan Rasau, menuju ke arah Kuala Belait.





Sekian entry saya untuk kali ini, seterusnya entry tentang lawatan ke Singapura, Kuala Lumpur (Sudah tentu, kita kan dari Sarawak), & lawatan ke PekanBaru, Riau, Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...