Isnin, 24 April 2017

Di manakah Sapporo, Hokkaido? Meh, sini saya terangkan sedikit.

Bila cakap tentang Jepun jak orang pasti akan ingat Tokyo, ataupun Osaka. Takpun ingat Hiroshima dan Nagasaki yang di bom semasa WWII, masa kita belajar subjek Sejarah sekolah menengah dahulu pasti alert tentang fakta ini. Jepun jak Tokyo, sebut Jepun jak Osaka! Sapporo? Where is Sapporo? Ramai dalam kalangan rakan-rakan saya yang tidak pasti di manakah letaknya Sapporo. Pendek kata, masih ramai yang tidak tahu menahu tentang Sapporo. Mungkin nama Sapporo agak kurang kedengaran berbanding Tokyo dan Osaka. Sebenarnya, Sapporo merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Jepun tapi tidak berapa dikenali di Malaysia. Hanya akhir-akhir ini setelah AirAsia X menawarkan penerbangan direct dari KL ke Sapporo baru semua orang tahu. Terletak di garis lintang 43 darjah ke Utara dan 141 darjah ke Timur. Sapporo merupakan antara kota yang menerima turunan salji paling tebal sewaktu Winter. Pada musim sejuk, matahari bukan sahaja berada di satu ufuk sahaja, malah akan terbit lewat dan terbenam sangat awal. Pukul 4.30 petang sudah gelap seperti pukul 7 petang kalau di Sarawak (Semenanjung matahari terbenam lewat lagi, sekitar pukul 7.30 petang-pengalaman saya semasa di Kuala Lumpur). Saya telah perkenalkan anda dengan Sapporo. Untuk lebih info layari laman web Wikipedia berkaitan Sapporo di  https://en.wikipedia.org/wiki/Sapporo *Sapporo bagaikan 'Winter Wonderland' bagi anda yang menyukai Salji. Tunggu apa gik? Cepat-cepatlah plan your trip to Sapporo.


Peta Jepun.

Bendera Jepun.

Peta pulau Hokkaido.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...