Sambungan dari Part 1.
Hari kedua di Singapura, saya menaiki bas dari area hotel menuju ke Marina Bay Singapore. Perjalanan tidak lama, Singapore tidak ada kesesakkan trafik dek jaringan jalan raya, pengangutan awam dan sistem subway yang extensive. Sampai di Marina Bay, terus ronda-ronda, selfie-selfie sekejap & nikmati pemandangan. Terjumpa mercu tanda Singapura iaitu Merlion. Lepas tu selfie dengan berlatarbelakangkan hotel Marina Bay Sands. Tak mampu nak menginap dekat hotel tu, selfi pun jadilah! Singgah sekejap di Singapore Museum of Arts yang bebentuk kelopak Bunga, dan kemudiannya menaiki Singapore Flyer, the largest observation wheel in Asia. Cuaca yang sangat panas ketika itu, saya tempuhi jua dengan bersemangatnya! Maklumlah, bukan selalu pergi ke luar negara. Lagipun Singapura ni jauh dari Sarawak, seberang laut.
 |
Pemandangan di Marina Bay Shores. |
 |
The Iconic, Marina Bay Sands Hotel.
|
 |
Kegelapan, tak pandai bab selfie-selfie ni sebenarnya.
|
 |
Merlion. Mercu tanda Singapura! |
 |
Museum of art and science Singapore. |
 |
Di dalam museum of Art and Science. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan