Ahad, 23 April 2017

Trip to Sapporo, Hokkaido (Japan). Part 1. Sapporo-Chitose Airport.

Konnichiwa! Ogendikesuka?! Dari kecil lagi kita sering menonton siaran kartun dari negara matahari terbit ini. Siapa tak kenal Shin Chan, Doraemon, Sailor Moon, Naruto, Weeding Peace, Dragon Balls, One Piece & so onlah. Sebenarnya, tidak terlintas di fikiran saya untuk membuat trip backpackers ke Sapporo yang terletak di Hokkaido pulau di utara Jepun. Tapi, kebetulan waktu tu hujung tahun dan saya baru sahaja selesai dengan trip ke Beijing ibukota Republik Rakyat China (PRC). Masa saya pergi ke Beijing tu sekitar awal bulan Disember atau di akhir musim luruh. Keadaan di Beijing pada waktu tu sangat sejuk dengan suhu sekitar -6 ke 4 darjah Celsius! Tapi walaupun sejuk, takde SALJI! And my backpackers trip to the land of the rising sun tepatnya di Sapporo are all inspired from that one world that is 'SALJI'! Segala persiapan pun dilakukan, beli tiket AirAsia X, booking hotel, buat research dan semuanya. Saya memilih untuk buat trip ke Sapporo pada bulan Februari 2017. Dari Miri saya pakai Malindo Air ke Kuala Lumpur dan tiba di terminal KLIA. Dari KLIA saya pergi ke klia2 untuk proses check in dan drop baggage. Backpackers traveller tapi ada luggage segala, wajib tu..mana tau nk beli banyak barang kan. Tambahan masa tu Winter, bawa Wintercoat yang besar lagi. Flight AirAsia X from KL bound for Sapporo-Chitose berlepas kira-kira pukul 11.30pm. Durasi penerbangan pula lebih kurang 8 jam! Kebas punggung duduk lama-lama dalam flight. Sekitar pukul 8am lebih waktu Jepun, (GMT +9) flight kami pun selamat mendarat di Sapporo-Chitose Airport. Dari atas lagi sebelum turun tu, hati sudah terpesona melihat bumi Hokkaido yang putih diseliputi salji. Sampai saja di airport, keletihan mengharungi 8 jam tempoh penerbangan hiakng selepas disambut oleh petugas Chitose airport yang mesra dan ramah tahap 5 stars! Tak lekang ucap 'Irrasyimas' yg bermaksud Selamat Datang & 'Arigatogozaimas' yg bermaksud Terima Kasih. Selesai urusan imigresen cop passport, serah borang kastam semua, ambil luggage. Saya terus bergegas keluar ke laluan pejalan kaki menuju ke terminal utama Sapporo-Chitose Airport! Terus disambut oleh arca Doraemon yang besar, apalagi? Selfie! Sempat juga saya snap2 gambar pemandangan di luar airport yang putih diseliputi salji! Pemandangan yang sungguh indah dan tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata sahaja. Keletihan pada waktu itu umpama hilang begitu sahaja setelah melihat pemandangan bersalji buat kali pertama dalam hidup saya. Terpesona dalam keindahan, sehingga sekarang saya masih mengingati saat-saat itu semua. Menyaksikan salah satu bukti kekuasaan Tuhan Pencipta Alam, kedinamikan AIR yang bertukar ke dalam bentuk SOLID (Salji) sungguh memukau hati nurani. Pada musim Sejuk, akan sentiasa rendah di ufuk seakan-akan waktu seharian tu tersekat di waktu pagi, bagaikan tiada 'tengah hari'. Sianaran matahari pula walaupun kelihatan terik di hari yang cerah, tapi takde rasa membakar seperti sinaran matahari di negara kita. Sinaran matahari tu seakan cahaya lampu jer, xde rasa habanya di situ. Panjang lebar entry saya kali ini. Untuk hotel saya menginap di Sapporo Oriental Hotel, bagus jugalah, dekat dengan exit Subway Nakajima Station, Nakajima Park, 7 Eleven dan boleh jak jalan kaki ke Susukino Market & Odori Park. Saya fokus lawatan di Chitose Airport. Untuk entry seterusnya, saya akan ceritakan lagi itinerary perjalan saya di Sapporo, Hokkaido (Japan).

AirAsia X!

Note matawang Jepun. JPY100=RM4!



Selamat mendarat di Chitose Airport.



Jumpa Doraemon! 

Selfie with Doraemon.

Terpesona melihat keadaan bersalji buat kali pertama.










Jumpa komik Diraemon Bahasa Melayu, dulu time kecik2 selalu beli ni. Sekarang syarikat pembuat buku komik ni dh tutup.

Welcome to Hokkaido!


Tambang train ke Sapporo Station. JPY1590 atau kira2 RM65

Excitednya muka first time sentuh SALJI!
Frozen River infront of my hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...