Ahad, 23 April 2017

Trip to Singapore 2016 Part 1.

Kali ini saya akan bercerita tentang trip saya ke Republik Singapura! Dari Kuching International Airport saya mengambil flight AirAsia terus direct ke Singapore (Changi Airport). Jika sebelum ini saya ditemani oleh kawan ke Brunei (Kuala Belait). Tapi, untuk kali ini saya bersendirian sahaja! Mulanya tak yakin sangat. Tapi kan Singapore tu antara negara paling selamat di dunia. So, its oklah..teruskan saja niat nak menjelajah negara termaju di Asia Tenggara itu. Lebih kurang 2 bulan saya buat research tentang Singapore. Booking hotel melalui laman web Agoda.com. Kemudian sediakan segala yang patut, passport, list tempat untuk dilawati, pembelain simcard &  especially bajet. Maklumlah duit SG besar ok! Masa tu nilai tukaran ialah sekitar S$1=RM3.05, belum lagi ditolak faedah bank/pemgurup wang. Penerbangan sekitar pukul 5 petang dasri Kuching dan sampai di Singapura sekitar 7 malam. Sampai sana saya terus cari SimCard Singapore untuk online. Tidak mahu pakai Roaming, mahal! Saya pilih SimCard Singtel yang berharga S$15 (RM48), dengan kuota internet 4GB untuk penggunaan tempoh aktif 5 hari. Lepas tu saya cari kaunter Singapore Tourist Pass (STP), yang ni saya telah buat research. Kad ni sekali dibayar dengan beberapa jumlah nilai untuk memudahkan penggunaan Subway dan Bas. Ala-ala kad TMoney Pass kalau anda pernah ke Korea. Anda mesti scan STP tu setiap kali masuk subway/bas dan setiap kali sampai ke destinasi yang dituju (keluar). Berbalik kepada perjalanan cerita tadi, setelah jumpa STP & SimCard, saya terus ambil teksi ke Hotel yang telah saya booking. Tak nak pakai bas/subway, tempat orang mana kita tau kn? Sesat nanti, sapa nak tolong? Dahlah backpackers! Kalau pakai teksi senang, at least uncle Teksi hantar kita sampai pintu hotel. Sesampainya di hotel, saya pun mandi dan rehat serta makan makanan yang saya 'tapau' di Changi Airport. Malam tu saya tidur awal, bersedia untuk perjalanan keesokkan hari!
Bendera Singapura!

Kad STP dan note Dollar Singapore.

Hiasan 'MERLION' di Changi Airpiort.

Teringat bait lirik lagu kebangsaan Singapura. 'Semua kita berseru, Majulah Singapura'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 tips melancong ke luar negara secara backpackers.

Sebagai seorang backpackers, segala urusan perjalanan (travel itinerary) harus dilakukan sendiri. Memang agak sukar pada mulanya, tapi seman...